Hi Bloggiegie , Lama Tak updated blog . just terfikir tentang masalah isu perkauman .
Selepas PRU13 DAP banyak menang parlimen.Masalah ini jadi isu kepada bangsa melayu yang tahu sejarah .Idea pecahan undi dari Parti Pakatan cukup memberi kesan kepada penggundi dimalaysia .Setiap kaum bersatu untuk mengundi parti masing-masing . Ada juga pengundi yang berlainan kaum , mengundi parti yang bukan dari kaum nya seperti melayu pangkah DAP dan sebaliknya . Hal yang demikian menunjukan satu budaya yang positif dari kalangan rakyat Malaysia .
Banyak faktor-faktor yang boleh dirangkaikan kenapa parti pakatan cukup berjaya mempengaruhi belia malaysia .Slogan 'INI KALILAH!!!' juga memberi dorongan kepada pengundi-pengundi muda yang baru pertama kali mahu mengundi untuk bersepakat mengundi parti pakatan ,kerana menariknya manifesto PR untuk meraih undi pengundi muda . Contohnya mansuhkan PTPN, menurunkan cukai kenderaan dan sebagainya . Kalau dilihat manifestonya memang cukup menarik minat rakyat Malaysia, jika mahu dibandingkan dengan manifesto Barisan Nasional (BN). Oleh kerana itu ramai pengundi dari kalangan muda mahukan perubahan atau petukaran pemerintah pemimpin.
Akan tetapi , manifesto BN tidak jauh kurang hebatnya dari manifesto Pakatan Rakyat kerana adanya slogan '1MALAYSIA Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan' .Janji-janji Kerajaan BN telahpun ditunaikan . Menyediakan Klinik 1Malaysia , Kedai 1Malaysia ,Bantuan Rakyat 1malaysia(B1RM) adalah antara manifesto Kerajaan dari pucuk pemimpin BN.Setiap rakyat Malaysia dapat merasakan kenikmatan yang diberikan oleh perdana menteri tanpa mengenal bangsa , budaya dan bahasa .
Akan Tetapi setiap yang baik pasti ada buruknya , setiap yang betul pasti ada salahnya , tiada istilah sempurna dalam kehidupan ini .Oleh kerana itu kerajaan memerlukan parti pembangkang untuk membangkang setia idea atau pandangan yang akan dihujahkan diparlimen . Dengan itu , membolehkan kerajaan memperbetulkan kesilapanya . Negara Malaysia akan terus mengecapi impiannya menuju wawasan 2020
Dalam negara yang aman ini , sememagnya kita tidak boleh lari dengan masalah musuh dalam selimut . tetapi siapakah orang itu ? tiada siapa akan tahu . Namun negara Malaysia masih berjaya meneruskan keamaanan dan kemajuan bahkan nama negara Malaysia juga dikenali disetiap pelosok dunia.Akan tetapi keamanan dan kemajuan negara masih tidak memenuhi cita-rasa rakyat malaysia . Memang benar , tiada yang sempurna ,akan tetapi kerajaan tetap akan memberi kelesesaan kepada setiap rakyat malaysia .seperti sekolah-sekolah
yang mana setiap rakyat mampu menimba ilmu tidak kira pangkat,derajat atau keturunan .Kerajaan yang bagus pasti akan perihatin kepada rakyatnya .
Justeru itu , kita sebagai rakyat yang bijak haruslah pandai memilih kerajaan mana yang mampu memimpin Negara Malaysia terus maju dalam keadaan aman .disamping rakyatnya bersatu ,ditambah pula dengan pemimpinya yang beraga islam , InsyAllah , Malaysia boleh dapat apa yang diimpikan.
Saturday, May 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment