Tuesday, April 21, 2015

Anda Selalu Gagal Dalam Hidup?

Bismillahirahmannirrahim

Adakah anda sudah bosan dengan kehidupan yang anda sedang lalui sehingga harini?
Adakah anda sudah letih dengan merasakan kegagalan?
Adakah anda masih tertanya-tanya kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan anda tidak?
Adakah anda terfikir kenapa dan mengapa anda sering menghadiri sesi temu-duga , tetapi masih lagi tidak mendapatkan pekerjaan?

Jika semua persoalan diatas ada yang sangkut dengan anda , anda adalah sama dengan beribu rakyat diluar sana yang sama mempunyai
Masalah dengan anda . Persoalanya KENAPA ?

Entry kali ini penulis mahu memberi anda satu pandangan yang membolehkan anda berfikir dan bertindak untuk memajukan diri.

Kenapa anda bosan dengan kehidupan anda?mungkin anda seorang pengangur sekaang?atau melakukan kerja yang sama bertahun-tahun tetapi tidak dinaikan gaji?

Kenapa anda sudah letih dengan merasakan kegagalan?adakah anda sudah melakukan dengan se maximum tenaga anda tetapi masih juga belum menemukan ke berhasilan?

Kenapa masih ada orang diluar sana yang boleh berjaya sedangkan anda tidak??

Jawapan penulis adalah satu . Anda harus tahu atau menggenal diri anda terlebih dahulu dimanakah kekuatan dan kelebihan atau lebih tepat lagi adalah  keunikan diri anda .
Dengan keunikan yang anda ada , itu sudah cukup membuat orang menerima anda .

Contoh , siapakah artis kegemaran anda sehingga sekarang masih lagi menjadi idola??Sesiapa  sekalipun artis pilihan anda, Mereka adalah unik bagi anda . Kenapa anda terlalu menyukainya?kerana Ianya unik . Kalau dia tidak unik , sama sahaja dengan orang lain , ya mana mungkin artis itu menjadi idola anda .

Kenapa sehingga sekarang , anda masih menggunakan jam tangan yang sama? Anda juga masih menggunakan wallet yang sama?H/P ditangan anda juga sama ? Kenapa anda tidak menukarnya setiap hari??Jawapanya Mudah sangat-sangat , kerana barang-barang itu adalah unik bagi anda. Justeru itu , keunikan itu dapat menarik minat anda .

Kenapa anda sering gagal dalam menerima tawaran pekerjaan walaupun sudah berkali-kali anda mencubanya?Kenapa anda berusaha berniaga tetapi perniagaan anda tidak mendatangkan keuntungan ?? Jawapanya mudah sangat-sangat , kerana anda tidak unik !!!
Anda tidak unik bagi mereka untuk menerima anda bekerja ditempat mereka . kerana anda memperniagakan sesuatu produk yang tidak unik bagi pembeli . Tanpa ada keunikan mana bisa boleh menarik minat orang . Iya toh?? :p

Janganlah membiarkan diri anda mengejar dunia . Kerana itu sama seperti seorang pengemis yang sedang mengemis kepada dunia . Buatkanlah dunia ini yang mengejar anda . Anda mempunyai nilai diri yang tinggi jikalau anda tahu menggunakan keunikan anda . MASYARAKAT akan menerima anda tanpa anda sendiri menagih masyarakat untuk menerima anda .

Jika anda ingin berniaga , carilah produk yang unik untuk masyarakat .  Mahu Menjadi mengusaha restoran,Jadikanlah restoran anda itu unik untuk pelangan anda .

Jika anda sudah mengenal akan keunikan anda , janganlah tunggu terlalu lama untuk memulakan kehidupan baru . Jangan mendengarkan kata-kata orang yang boleh membuatkan anda hilang semangat kerana jika ada sesorang yang datang kepada anda dan dia membawa cerita tentang orang lain,tidak mustahil orang itu akan membawa cerita anda kepada orang lain . Jadi , jangan lah mendegar kata-kata orang . Baik pun mengata , apatah lagi yang buruk . Iyer dok??

Penulis harap , perongsian ini dapat mengubah cara anda berfikir , amin!!
SELAMAT MAJU JAYA

ASALAMUALAIKUM