Friday, December 3, 2010

Story Buzz : Antara Aku Dan Dia

                BAB 1 : DIA

             Hari demi hari aku lalui kisah-kisah hidup aku dengan kenangan bersama sia  Dia .Wajah dari ,Jelingan Mata, dan Senyuman manisnya yang sering bermain-main difikiranku.Kerana Si Dia lah yang sering menghiburkan hati aku dikala aku dalam kesedihan.Watak semula jadi yang ada dalam dirinyanyalah yang membuatkan aku jatuh hati padanya.


             Kisah aku berkenalan dengan si Dia bermula pada saat aku dalam kesedihan disebabkan kegagalan bercinta dengan seorang gadis kota bernama nona.Kenalan aku pada si nona adalah ibarat jodoh yang tidak mengenal mangsa dan tempat.Ketika itu aku menghadiri sebuah konsert bebas (indie gigs) bersama-sama teman seperjuanganku disalah sebuah tempat gigs di Ibu Kota.Aku Yang sedang asyik menonton persembahan muzik yang ditonjolkan oleh kumpulan-kumpulan anak seni tempatan,tiba-tiba aku diganggu oleh pandangan seseorang yang sering memerhatikan aku dari kiri sudut pentas.Hati aku mula tertanya-tanya "eh,kanapa gadis berbaju merah itu sering perhatikan aku dari jauh?.Aku kelihatan hodoh ke dari pandangan matanya?."aku terpingga-pingga memikirkan masaalah tersebut."ah!biarkanlah dia.Mugkin aku yang perasan"fikiran ku.Tidak Lama Selepas itu,dia datang menghampiriku dan berdiri disebelahku.aku hanya mampu bersenyum apabila dia berdiri disebelahku."hai,nama saya nona.Saya rasa saya kenal awak,Nama awak am bukan?"Tegur si gadis itu.Aku yang Terpingga-pingga menjawab"yeah?mana awak tahu nama saya?dan siapa awak?."
"Awak mungkin tidak mengenali saya atau awak sudah lupa dengan saya?.Bukankah kita sering berchating di Myspace.com?"kata gadis itu sambil tersenyum.
Dari kata-kata gadis itu aku mula mencuba mengingati teman-teman myspace ku.Memang tidak dinafikan lagi,teman-teman Chating aku dimyspace.com memanglah ramai dan aku sukar mengingati nama dan rupa gadis yang yang menegur aku sebentar tadi.
"maaflah awak,mungkin awak tersalah orang ni.Bukan kah ramai rakyat Malaysia yang mendaftarkan diri mereka di lama sosial itu?."jawab aku.Dengan mudah gadis itu menjawab kata-kata aku sambil tersenyum sinis "maybe.Tapi naluri saya kuat mengatakan awaklah teman Chating saya di Myspace.com".
"Lebih baik semak betul-betul.Adakah Saya ni benar-benar kawan awak?.aku cuba beri penerangan
"Mari kita Lupakan soal Chating di Myspace.com.Anyway,Kita boleh berkenalan dari mula bukan?.kata gadis itu.
"Boleh.tidak ada masalah"jawabku.Walaupun fikiranku masih keliru memikirkan darimana dia boleh tahu nama aku.
Dari situlah aku mula berkenalan dengan seorang gadis yang bernama nona yang telah mengecewakan aku.
Selepas pertemuan itu,Kami sering berhubung dan sering keluar bersama sehinggakan kami telah menjalani ikatan cinta.Walaubagaimanapun,Perhubungan manis kami terhenti separuh jalan.Kejadian itu membuatkan aku sudah serik untuk bermain cinta lagi.Pada ketika itu,aku menghubunggi nona melalui Telepon Bimbit untuk mengajak dia menonton sebuah cerita cinta komedi tempatan dipanggung wayang di Pusat bandar."hai sayang,I ada belikan tiket untuk kita menonton wayang pada malam ni."
"U sorry.Harini sayang tak berapa sihat la"jawab nona."
"Owh yea?tak pelah.Sayang rest kat umah okay.Jangan Lupa Makan Ubat"jawabku dengan tenang.
"Ok.I love U."kata nona.
Aku yang tidak mahu membazirkan tiket wayang yang sudah dibeli itu dibuang,Aku mengajak rakanku untuk meononton bersama.Ketika Aku bersiar-siar di Ibu Kota,sambil-sambil menanti waktu pintu panggung itu dibuka,
aku terlihat kelibat seorang gadis yang sedang bermesraan dan berpeganggan tanggan antara satu sama lain.Rupa-rupa gadis yang aku terlihat sebentar tadi adalah si nona kekasih hatiku.Hancur hati aku melihat mereka bermesraan.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Aku yang dingin terus menergah mereka.
"oh!ni kerja kau ye perempuan?sudah berapa ramai jantan ko tipu?tak sehat konon"kata aku sambil marah-marah"
"babe,Sory la,sayang tak sengaje"merayu si gadis itu"
Sedang asyik kami bertengkar,tiba-tiba terdengar suara lelaki yang membela gadis itu.
Assalamualaikum saudara,saudara ni siapa?tidakkah saudara tahu yang si nona ni tunang aku?kata Lelaki itu.
Dengan marah aku berkata "Tunang???!!!.
PUSSSSHH!
Tiba-tiba tangan aku tertumbuk lelaki itu.Aku bukan marah lelaki itu kerana merampas kekasihku
tetapi aku marah lelaki itu kerana tidak tahu menjaga tunangnya sehinggakan aku jadi mangsa tunangnya untuk tumpang mengadu nasib.
Selepas kejadian itu,fikiran aku buntu dan serabut.Makan Minumku tidak terurus.Sehinggakan aku benci untuk Menggenali mana-mana wanita selain dari keluargaku.
Sehingga aku mengenali si Dia yang bisa mengubat hatiku.
Ya!dialah yang banyak mengubah diriku.Dari kekosongan hatiku ini,Dia lah yang banyak mengisi kekosongan itu.
      
                  Bersambung.












No comments:

Post a Comment