Friday, February 18, 2011

Love Buzz :Apakah Makna Sebenarnya Cinta?







CINTA

Cinta adalah sesuatu perasaan yang sangat sayang akan kepada Negara,Orang Tua dan Kebebasan
Cinta juga boleh diertikan dengan Perasaan atau Berperasaan yang sangat berahi iaitu terlalu asyik,terlalu kasih dan terlalu sayang kepada seseorang melebihi dirinya.Perasaan Cinta ini juga boleh di  kelasifikasikan dengan perasaan duka-cita seperti risau,bimbang dan sedih. Cinta juga berperasaan ingin akan sesuatu dan merasa sangat merindui akan seseorang.

Cinta seperti cinta berahi adalah cinta yang terlalu dikasihi atau terlalu mengasyikan.Orang seperti ini akan sangup melakukan apa sahaja untuk buah hatinya.Tanpa memikirkan risiko akan tentang dirinya.Cinta sepertti ini boleh dikatakan cinta sampai mati.berbeza dengan sayang kekasihnya sampai mati.Sekiranya perasaan sayang itu yang hanya timbul tanpa Cinta,boleh diibaratkat seperti cinta akan keluarga(adik-beradik).yang mana hanya menyayanggi keluarga pada tahap tertentu.Memang sayang itu adalah kekal manakala cinta boleh ditinggalkan.Cinta yang boleh ditinggalkan itu adalah cinta yang dianggap sebagai cinta biasa.bukanlah sebagai cinta berahi.Justeru itu anda harus memiliki sifat cinta berahai sekiranya anda mahu benar-benar merasaai kebahagiaan dalam percintaan.






Cinta seperti cinta kasih pula tidak sama seperti cinta berahi.Hal yang demikian ini kerana cinta kasih ini hanya penuh dengan cinta kasih dan sayang.Cinta akan kasih dan sayang ini boleh diketogorikan seperti cinta biasa yang mana pasangan itu tidak yakin sepenuhnya untuk memberikan sepenuh hatinya kepada pasanganya.Mungkin hanya merasakan cinta,tetapi tidak merasakan sedalam mana cinta berahi yang terlalu asyik akan bercinta.Demikian ini dikatakan kerana kemungkinan seseorang itu sudah serik dimainkan dengan cinta yang membuatkan dirinya sudah jelek atau bosan dengan perkataan cinta.selain itu,dirinya kemungkinan sendang mencintai kekasih lamanya di samping mencintai kekasih barunya.Satu perasaan yang sama tetapi berbeza dari segi kedalamanya menjiwai perasaan cinta.Oleh itu,sekiranya anda telah dikecewakan dengan cinta berahi,tidak salah untuk mencuba cinta berahi yang baru.kerana sesungguhnya setiap individu harus memiliki dan merasaai apakah itu cinta.adakah harus cinta mencintai cinta.


Berbeza dari perasaan cinta yang dikatakan cinta monyet.Cinta monyet ini adalah cinta sementara dan tidaklah serius mana.Cinta monyet ini  terjalin terutamanya dikalangan remaja di peringkat persekolahan.Ini kerana perubahan perasaan rasa cinta itu kadang-kadang timbul pada pandangan pertama.Cinta yang baru sahaja timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengan seseorang.Cinta monyet inilah yang sering berlaku ketidak jawaban kepada pasanganya sekiranya memainkan hati perasaan kekasihnya.


Oleh yang demikian,Sebagai seroang manusia biasa,kita harus tahu dan mengertilah makna perasaan cinta itu sebelum anda ingin meneruskan hubungan.Cinta itu indah.janganlah disebabkan tidak terlalu kasih dan sayang menjadikan cinta itu seperti permainan kanak-kanak yang mana diperlukan sekirnya perlu,dibuang sekiranya tidak memerlukan




No comments:

Post a Comment