Tuesday, December 28, 2010

Persahabatan Atau Musuh?

Sahabat adalah teman pasangan yang paling rapat dan akrab selain keluarga kita.Diturunkan Oleh Maha Esa.Ia ibarat sebuah hadiah yang mana ada bungkusan hadiah yang berkuality,produktivity dan yang penting nilai sebungkusan hadiah tersebut atau bungkusan hadiah yang hanya melebihkan kaca dari permata,benda yang dipakai buang atau ibarat air arak dicampur susu.



Seperti sedia maklum,jikalau sahabat itu adalah dari bungkusan yang berkualiti dan produktivity kemungkinan besar barang bungkusan itu adalah bernilai tinggi walaupun mudah pecah dan mudah hilang.Biasalah manusia tidak ada yang sempurna.Jadi,Manusia yang seperti ini adalah contoh yang baik untuk dijadikan teman atau tempat mengadu.Kerana Manusia yang berkuality ini akan membimbing kita kejalan yang benar tanpa ada canggahan.Di samping itu dia akan menasihati kita sekiranya kita ada melakukan kesalahan dan dia juga akan sedia mendengar nasihat dari kita sekiranya dia pula ada melakukan kesalahan.Salinglah tegur-menegur.Berkomunikasi yang baik seperti ini juga akan mengeratkan pertalian persahabatan anda.

Manusia yang sempurna ibarat bayi yang baru lahir,cukup akal fikiran dan fizikalnya.Adakah semua manusia tidak akan membesar dan yang mana akan menjadi bayi selama-lamanya yang diberi susu ibu setiap hari?Bayi juga ada melakukan kesalahan,apatah lagi orang dewasa?sedangkan lidah lagi tergigit?
Jadi sekiranya anda mempunyai satu sahabat,hargailah dia dengan sepenuh hatimu.Sekiranya dia ada melakukan kesalahan,tergurlah dia.Ada juga sahabat yang sangup mendiamkan diri mereka sekiranya  dia ada merasa kesushan atau kerusingan tanpa menceritakan kepada anda.Bukanlah kerana sahabat anda ini seorang yang berlagak ata sombong yang boleh selesaikan masalah sendiri tanpa perlunya pertolongan.Tetapi sahabat anda ini kemungkinan besar adalah seorang pemalu untuk meminta pertolongan atau tidak mahu membebani rakan-rakanya.Dia lebih selesa mendiamkan diri atau kata lainya jadi hipokrit kepada diri anda.

Jika Sahabat anda ada sifat yang mengjengkelkan bagi anda yang membuatkan anda tidak boleh menerima,Anda dinasihatkan supaya menegur kesalahan itu.Jika dia menggulangi kesalahan yang sama,Anda sebagai teman yang akrab,seharusnya anda sudah memahami akan kelemahan yang sering dia lakukan.Kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan kesalahan yang dia sering lakukan.Seperti dia seorang panas baran,tanpa ada angin,tibe anda kena marah kerana kesalahan kecik anda,anda tidak mempunyai hak untuk menyuruh dia berubah sifat panas baranya itu,kerana ini sudah menjadi sifat dia.tetapi,anda boleh menegur dia supaya bertenang.Dan anda juga tidak boleh memulaukan dia kerana sifat panas baranya itu,Anda harus tahu manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan kecil atau besar.Untuk dijadikan contoh lain,Kita tahu teman kita kemungkinan orang yang susah,dan kita juga sering sedia maklum yang rakan anda itu adalah seorang yang kedekut.Sifat tamak rakan anda itu huga tidak harus anda menghukumi.Sahabat yang baik harus memahami situasi teman baiknya dan tidak pernah mengungkit kepada teman baiknya.Oleh itu sekiranya teman anda ada ada satu kelemahan yang membuatkan diri anda tidak selesa,janganlah menghukum dia kerana hukum-menghukum bukanlah kuasa kita.Kita hanya menerima seadanya dengan redha.

 Selain daripada itu ada juga sahabat yang hanya sahabat.Diperlukan jika susah,ditinggalkan ketika senang.Sudah menjadi lumrah dunia,Allah Menciptakan surga,pasti adanya neraka,Allah menciptakan sejuk,pasti adanya panas,Kita haruslah memilih kawan yang betul untuk membimbing kita bukanlah kawan yang akan menjadi musuh kita atau menjahanankan kita.Musuh yang paling dekat dengan kita adalah rakan kita.Rakanlahlah yang selalu menjadi cermin kita.Sekiranya Cermin kita kotor,tanpa ada yang mahu membersihlanya maka rakan kita akan mengotorkan lagi cermin kita.Jika rakan kita mempunyai sifat yang suka mencuri,tetapi sikap baik hati kepada semua orang,anda juga tidak boleh menghukum dia dengan sifat dia itu.Kemungkinan besar dia juga tidak mahu mencuri,tetapi dari dorongan sifat mencuri itu tidak dapat dikawal maka berlakulah pencurian.Walaupun rakan sejenis ini bersifatkan pencuri,tetapi percayalah dalam hati dia pasti ada satu cahaya kebaikan.sekiranya rakan kamu sering bersaing dengan diri kamu,maka kamu haruslah mengalah dengan sifatnya.Tunjukan rendah diri kita.Kerana itu sudah memang sifat dia yang tidak suka mengalah dengan rakan-rakanya.Pasti mahu bersaing dari segi Pasangan hidup mahupun kemewahan yang kita ada.


Rakan kita bukanlah patut dijadikan musuh kita .Kerana setiap manusia pasti ada kekuranganya.Kekurangan yang dia sendiri mamang susah nak ubah sifat dan sikapnya.Kita seharusnya mengenal siapakah SAHABAT kita sebenar.Justeru itu,Kita sebagai kenalanya jaganlah terlalu ambil hati dengan kesalahan-kesalahan yang dia pernah lakukan.Mungkin dia mahu cuba untuk berubah?tetapi tidak ada dorongan dari anda?Sesungguhnya Manusia tidak ada yang sempurna

5 comments:

  1. wahh comelnya entry..pandai lak kau bermadah helah ye cik ameer..haha..

    ReplyDelete
  2. hahaha
    nop la...
    aku bru dlm bloger so..bnyak benda yg aku kna blajar wahai cik ain.!
    :D.
    jd jd followers lom?

    ReplyDelete
  3. amir....ak ngh berusaha...

    ReplyDelete
  4. betul betul betul. kalau cermin tu kotor & takde orang bersihkan, memang habis lah.

    ReplyDelete