haruskan perlunya ada simpanan?perlukah penuhi nafsu demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain?pernahkah mereka berfikir cinta antara manusia adalah sementara?dan cinta kepada Allah adalah kekal selama-lamanya?
Sifat yang takut akan kehilangan sesorang yang kita sayang itu wajar ditakuti oleh setiap insan.Tetapi sudah menjadi lumrah dunia,Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan .Jadi kita harus belajar menerima hakikat ini.
Kamu telah menjalinkan hubungan percintaan kamu dengan orang yang benar-benar mencintai kamu dan pandai mencuri hati kamu.Sedang dalam kehangatan bercinta,tiba-tiba ada satu sifat tidak keserasian dari diri kamu atau pasangan kamu menyebabkan keretakan dalam perhubungan yang kamu sedang bina selama ini.Dalam masa yang sama,kamu cuba tenangkan diri kamu dengan berkenalan dengan orang lain untuk menjadi penghibur hatimu yang sedang duka lara.Apabila kamu sudah ada keserasian dengan teman baru kamu,kamu sudah tidak mempunyai segan dan silu untuk menceritakan masalah keperibadian kamu,siapa famili kamu,dengan siapa kamu berkawan atau berpasangan atau juga kamu sudah berani menceritakan masalah pahit dan manis kamu kepada rakan baru kamu itu.sedang kamu asyik leka berteman dengan kawan barumu itu,kamu sudah rasa keserasian antara kamu dan dia menyebabkan timbul perasaan sayang itu melebihi dari sayang sebagai teman.Masalah ini mungkin akan mengelirukan hati kamu yang sedang berbelah-bagi.Dalam hati kamu ada dia dan dia.Kamu cuba berusaha untuk melupakan perasaan sayang kamu kepada teman barumu itu.Tetapi kamu tidah mahu kehilangan teman barumu itu.Pada masa yang sama kamu juga tidak boleh meninggalkan orang yang benar-banar telah mencuri hati kamu.Oleh yang demikian itu,kamu terpaksa meneruskan hubungan kamu dengan orang yang telah mencuri hati kamu itu,sambil berteman dengan kawan barumu itu.Kawan barumu itu tidak boleh menerima hakikat bahawa dia mempunyai perasaan yang sangat mendalam kepada kamu tetapi kamu telah menjadi kekasih orang.Kenapa diri kamu tidak pernah puas untuk menyangi orang?sedangkan kamu sendiri munkin tahu bahawa risiko sakit hati itu sangat tinggi dan meluas sekiranya orang kamu sayang itu akan meninggalkan kamu?
Memang Susah untuk melepaskan orang yang paling kita sayang,tetapi ingatlah,Kehilangan seseorang itu pasti Allah akan Mengantikan Dengan yang lebih baik.
Sekiranya takdir telah menentukan pasangan yang kamu telah jumpa itu adalah jodoh kamu,Percayalah,Jodoh tidak akan lari kemana.Jadi kamu Tidak perlulah risau akan kehilangan orang yang paling bermakna dalam kehidupan kamu.Sekiranya itu jodoh kamu,kemanapun kamu pergi,dialah orang yang tetap dihati anda.Tetapi,kamu tidak boleh alpa dengan pasangan yang telah mencuri hati kamu itu.siapa tahu dia ada kelebihan tersendiri yang akan menghiburkan kamu pada suatau hari kelak?memang manusia tidak sempurna.kita sebagai manusaia,tidak bolehlah menghukum diri manusia itu dengan kelemahan yang dia ada.Dia bukanlah manusia yang paling sempurna untuk kita menghukum dirinya.
Oleh itu,Kita haruslah mensyukuri diri kita kerana masih ada orang yang mahu menyangi diri kita,walaupun orang yang menyangi diri kita itu,bukanlah orang yang kamu betul-betul mahukan Dalam Kehidupan kamu.Siapa Tahu Dialah Orang yang Allah tetapkan sebagai jodoh kamu?Jika dia bukan jodoh kamu sekalipun,kamu bisa melatih hati kamu untuk menerima diri dia seadanya.Bukanlah kita harus mempunyai kekasih gelap untuk dijadikan simpanan hati kamu pada suatu hari kelak sekiranya hubungan yang kamu jalankan itu berhenti separuh jalan.Jadi kamu tidak perlulah ingin merasa kehilangan cinta kamu dengan teman barumu itu,munkin teman barumu itu pun tidak mahu perkara yang sama berlaku.
Tetapi sampai bilahkah teman barumu itu atau kekasih gelapmu itu sangup menunggu kamu?
Jika dia Benar-benar sayang kepadamu,InsyaAllah,apa-apa sekalipun dia pasti akan menunggu dirimu
jadi,kamu tidak perlulah bersifat tamak yang mana kamu tidak pernah puas akan sayangnya seseorang insan.
Oleh kerana kamu memikirkan perhatian dan kasih sayang dari ramai insan,kamu juga tidak menjaga hati orang yang benar-benar telah menyanyangi dirimu dan juga menjadi pasanganmu itu.Ini juga akan Menyebabkan kepahitan kamu dalam perhubungan sekiranya pasangan itu tidak boleh bersabar.Kamu akan Merasa kesedihan dalam hubungan kamu memyebabkan kamu mencari teman barumu itu yang telah pergi membiarkan kamu bersama kekasihnya.Kerana teman baikmu itu bahagia melihat kamu bahagia,dan tidak mahu memeningkan kepalamu dan kerisauanmu itu,dia telah pergi meninggalkanmu.Tetapi apabila kamu dalam kesedihan,kamu mencari teman barumu yang telah lama pergi,pasti dia akan muncul semula.Kerana Teman barumu ini tidak sangup untuk melihat kamu bersedihan bersendirinya.
kamu juga tidak perlu risau dengan orang yang benar-benar mencintai kamu.Ini kerana,Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu.Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui
Perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah
bertambah.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti‘ selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’,
‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah
dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.Orang yang mencintai kamu akan selalu
mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama
kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendirisudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata
yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu,peduli tentang kamu.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada
kamu.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.Orang yang mencintai kamu selalu ingin
berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.Jika suatu saat kamu
harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan
persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-
benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’Orang
yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.Orang yang
mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal
yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.Dia tidak pernah mengelak
dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.Dan jika
kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.Orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa
kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu
cinta.kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang itu.Jadi Kamu Tidak Perlulah Memikirkan Tentang kerisauan dirimu akan kehilangan orang yang mencintai kamu.Dan kamu tidak perlulah mencari perhatian orang untuk menyanyangi dirimu.
i pham perasaan u ..stiap phubungan msty de prob ..kte hnye mmpu b'doa.. btoi x ?? demi kbhgian dowg . . tp kndng2 kte xleh sksa kn dri ni ..kte msty cri jln untk bngkit smula . .jgn d'cbb kn kte syunk ssowg tu ..kte t'sksa . .
ReplyDeletehaha
ReplyDeleteini juz artikle olahan sendri je
:D
xpe la ..bguz ape . . biaq owg tau prsaan kte yg sbnarnye ..ape yg kte pndam slme ni ..
ReplyDeletehehe
ReplyDeletetp xley la kat blog
:D